OFFICIAL WEBSITE | UPPM MRSM LENGGONG
Syarat Graduasi MRSM ::


Pautan Sistem
1. Mesti mendapat Timbunan Purata Nilaian Gred (TPNG) tidak kurang daripada 2.00 (TPNG >= 2.00).

2. Kursus Teras dan Elektif:

    a) Pelajar mesti LULUS sekurang-kurangnya 141 jam kredit daripada 172 jam kredit (bagi pelajar yang mengambil 9 subjek SPM).
    b) Pelajar Ulul Albab mesti LULUS sekurang-kurangnya 141 kredit daripada 204 jam kredit.
    c) Mesti LULUS semua kursus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

3. Mesti LULUS semua Kursus Khas seperti berikut:

    a) Sains Komputer (KSK) - 4 jam kredit
    b) Perkembangan Kerjaya (KPD) - 2 jam kredit
    c) Kemahiran Berfikir - 2 jam kredit
    d) Program Keusahawanan - 2 jam kredit
    e) Kursus Kemahiran Amalan belajar - 2 jam kredit
    f) Kursus Senireka (KSK) - 2 jam kredit
    g) Hafazan (PAQ) sekurang-kurangnya sepuluh (10) juzuk (hanya untuk pelajar MRSM Program Ulul Albab)

4. Mesti LULUS semua Kursus Pembangunan Sahsiah iaitu:

    a) Kelab/Persatuan - 1 jam kredit
    b) Sukan/Permainan - 1 jam kredit
    c) Badan Uniform - 4 jam kredit

5. Pelajar yang terpilih menganggotai Sekretariat Kepimpinan Pelajar (SKP) boleh diberi pelepasan daripada menghadiri aktiviti Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan:

    a) Badan Wakil Pelajar
    b) Lembaga Disiplin Pelajar
    c) Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR)
    d) Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Maktab
    e) Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
    f)  Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Pembelajaran (PSP)
    g) English Motivation Committee (EMC)
    h) Jawatankuasa Pengurusan Asrama
    i)  Program Usahawan Muda (PUM)
    j) Global Leadership

6. Dengan persetujuan Senat Maktab, pelajar yang gagal memenuhi 1 jam kredit dalam Kelab/Persatuan dan 1 jam kredit dalam Sukan/Permainan boleh digantikan dengan mana-mana yang berkaitan:

    a) mewakili Maktab dalam aktiviti ko kurikulum akademik atau projek SEM Type III (untuk Kelab/Persatuan sahaja), atau
    b) mewakili Maktab dalam aktiviti ko kurikulum (untuk Sukan/Permainan sahaja), atau
    c) tugasan yang ditetapkan oleh Penasihat.

7. Pelajar tidak boleh GAGAL dalam Badan Uniform.


Catatan:
Maklumat lanjut dan terperinci berkenaan Syarat Graduasi boleh dilihat dalam Buku Panduan Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab, edaran oleh Bahagian Pendidikan Menengah (BPM), Kuala Lumpur. Sila rujuk UPPM maktab masing-masing.